Wednesday, 8 July 2015

PENGHANTARAN SKOR CALON DAN TUNTUTAN PERJALANAN ULKCP BI SPM NOVEMBER 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera dan selamat berpuasa.

Pertama sekali ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan dan puan kerana telah berjaya menguruskan dengan jayanya Pentaksiran Lisan ULKCP Bahasa Inggeris dengan jayanya. Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada para KPKw yang bertindak sebagai pentaksir dan juga para Pentaksir Kawasan yang sanggup menelefon saya ketika berhadapan dengan kesulitan ketika mentaksir calon.

Untuk makluman para Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) bagi mana-mana daerah yang hanya mempunyai satu sahaja pusat pentaksiran, sebagai langkah penjimatan tuan dan puan dilantik sebagai pentaksirkawasan (PKw) bagi membolehkan melaksanakan pentaksiran lisan. Maka KPKw bagi daerah ini terpaksa menuntut tuntutan perjalanan sebagai PKw dan bukan sebagai KPKw. Berbeza bagi KPKw yang mempunyai dua atau tiga pusat pentaksiran seperti daerah Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Perkara pertama ketika penghantaran skor peringkat daerah pada 28.7.2015 (Selasa) nanti, saya perlukan 3 bahan yang dikepilkan dalam satu buku, iaitu

1. Borang Kehadiran Calon yang asal 
2. Borang Markah Induk
3. Borang Profil Individu

Pastikan ketiga-tiga borang di atas telahpun ditandatangan oleh pentaksir dan KPKw. Jika KPKw tiada, tandatangan pentaksir kedua pun memadai. Setelah siap ketiga-tiga borang di atas, bukukan.

Perkara kedua berkaitan dengan tuntutan perjalanan. Perkara yang diperlukan iaitu


Borang kehadiran pentaksir perlu dicap dan ditulis tarikh oleh pihak PKG sebagai bukti kehadiran. Jika pentaksir menghadiri tiga kali pentaksiran, maka mesti ada tiga kali cap dari pihak PKG dan sebagainya. Dan jangan lupa, kehadiran melawat pusat juga perlu dicapkan kehadiran sebagai bukti.


Borang pengesahan bilangan calon perlu diberikan untuk membuktikan bilangan calon yang ditaksir. sertakan sekali dan perluditandatangan oleh pentaksir dan dapat pengesahan dari KPKw.

Perkara ketiga, iaitu Borang Kehadiran Calon.  Borang yang asal perlu dibuat salinan dan dicap hidup. Salinan borang ini perlu dikepilkan bersama-sama dengan borang Iktisas tuan dan puan. Manakala kedua-dua borang di atas hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan borang tuntutan perjalanan.

Jika terdapat sebarang kesulitan ketika penyediaan bahan di atas, jangan segan silu untuk menghubungi saya.

Harap maklum, terima kasih




No comments:

Post a Comment