Tuesday, 14 July 2015

Wednesday, 8 July 2015

PENGHANTARAN SKOR CALON DAN TUNTUTAN PERJALANAN ULKCP BI SPM NOVEMBER 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera dan selamat berpuasa.

Pertama sekali ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan dan puan kerana telah berjaya menguruskan dengan jayanya Pentaksiran Lisan ULKCP Bahasa Inggeris dengan jayanya. Ucapan terima kasih juga saya hulurkan kepada para KPKw yang bertindak sebagai pentaksir dan juga para Pentaksir Kawasan yang sanggup menelefon saya ketika berhadapan dengan kesulitan ketika mentaksir calon.

Untuk makluman para Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) bagi mana-mana daerah yang hanya mempunyai satu sahaja pusat pentaksiran, sebagai langkah penjimatan tuan dan puan dilantik sebagai pentaksirkawasan (PKw) bagi membolehkan melaksanakan pentaksiran lisan. Maka KPKw bagi daerah ini terpaksa menuntut tuntutan perjalanan sebagai PKw dan bukan sebagai KPKw. Berbeza bagi KPKw yang mempunyai dua atau tiga pusat pentaksiran seperti daerah Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Perkara pertama ketika penghantaran skor peringkat daerah pada 28.7.2015 (Selasa) nanti, saya perlukan 3 bahan yang dikepilkan dalam satu buku, iaitu

1. Borang Kehadiran Calon yang asal 
2. Borang Markah Induk
3. Borang Profil Individu

Pastikan ketiga-tiga borang di atas telahpun ditandatangan oleh pentaksir dan KPKw. Jika KPKw tiada, tandatangan pentaksir kedua pun memadai. Setelah siap ketiga-tiga borang di atas, bukukan.

Perkara kedua berkaitan dengan tuntutan perjalanan. Perkara yang diperlukan iaitu


Borang kehadiran pentaksir perlu dicap dan ditulis tarikh oleh pihak PKG sebagai bukti kehadiran. Jika pentaksir menghadiri tiga kali pentaksiran, maka mesti ada tiga kali cap dari pihak PKG dan sebagainya. Dan jangan lupa, kehadiran melawat pusat juga perlu dicapkan kehadiran sebagai bukti.


Borang pengesahan bilangan calon perlu diberikan untuk membuktikan bilangan calon yang ditaksir. sertakan sekali dan perluditandatangan oleh pentaksir dan dapat pengesahan dari KPKw.

Perkara ketiga, iaitu Borang Kehadiran Calon.  Borang yang asal perlu dibuat salinan dan dicap hidup. Salinan borang ini perlu dikepilkan bersama-sama dengan borang Iktisas tuan dan puan. Manakala kedua-dua borang di atas hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan borang tuntutan perjalanan.

Jika terdapat sebarang kesulitan ketika penyediaan bahan di atas, jangan segan silu untuk menghubungi saya.

Harap maklum, terima kasih




Wednesday, 1 July 2015

TAKLIMAT PENGURUSAN ULKCP BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SPM NOVEMBER 2015 PERINGKAT NEGERI

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia

Perkara di atas adalah dirujuk. Taklimat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut;


Tarikh           :     14 Julai 2015
Hari              :     Selasa
Masa             :     2 Petang
Tempat         :     Bilik Mesyuarat Zaaba
                           SMK Dato’ Abdul Rahman Andak
                           Simpang Renggam, Kluang

 Kehadiran pentaksir adalah seperti di bawah;

 Klik pada gambar untuk pembesaran

 Klik pada gambar untuk pembesaran

Jika terdapat sebarang perubahan, sila hubungi saya dengan segera. Harap maklum.

Monday, 22 June 2015

TAKLIMAT PENGURUSAN ULKCP BAHASA INGGERIS SPM NOVEMBER 2015 PERINGKAT NEGERI

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Perkara di atas adalah dimaklum. Perjumpaan taklimat akan dibuat pada ketetapan berikut;

Tarikh : 29.6.2015
Hari : Isnin
Masa : 2 Petang
Tempat : Dewan Seminar, PPD Kulaijaya


Senarai pentaksir seperti di bawah

Klik pada gambar untuk pembesaran

Makan dan minuman tidak disediakan (bulan Puasa). Jika terdapat sebarang pembetulan, sila hubungi saya dengan segera. Harap maklum.




Saturday, 20 June 2015

SURAT PERLANTIKAN DAN PERGERAKAN PENTAKSIRAN ULKCP BM SPM NOVEMBER 2015


Assalammualaikum dan selamat berpuasa.

Merujuk kepada tajuk di atas, surat perlantikan yg telah diedarkan kepada pihak tuan/puan pada Taklimat Pengurusan ULKCP BM SPM November pada 17 Jun bertempat di SMK Dato Seth, Yong Peng boleh digunakan untuk urusan pentaksiran di PKG dan juga di Pusat Giat Mara dengan berdasarkan pada Jadual Pemantauan yng dikepilkan bersama-sama bersama surat perlantikan.

Tuan/puan tidak perlukan surat pergerakan yang lain dan hanya perlu menggunakan surat yang sama untuk bergerak ke PKG dan juga ke Pusat Giat Mara.

Harap maklum.